Hubungi: (07) 241 6161 - eMail kpypj@kpypj.edu.my

Logo & Lagu KPYPJ

Logo Rasmi Kumpulan Pendidikan YPJ

Logo KPYPJ merupakan insiprasi daripada gabungan bentuk topi segi empat siswazah (mortar board) dari sudut pandangan atas dan juga lembaran buku.

Keseluruhan bentuk adalah berkonsepkan pendidikan yang merupakan teras kepada pembentukan hidup yang berkualiti dan sejahtera.

Pendidikan juga merupakan aset utama dalam perlaksanaan pembangunan negara.

Warna merah melambangkan kekuatan dan keyakinan dalam mencapai visi, misi dan objektif syarikat dalam memberikan kualiti perkhidmatan terbaik.

Warna biru membawa erti nilai kepercayaan dan hubungan mesra yang berpanjangan kepada para pelanggan manakala warna hitam bermaksud keteguhan dan integriti sebagai sebuah entiti korporat yang membanggakan kerajaan negeri.

Warna kelabu perak pula melambangkan kekuatan atau kemahuan yang jitu dan tinggi yang digarap melalui sifat-sifat agresif, aktif dan eksentrik untuk mendapatkan sesuatu hasil.

Lagu Korporat

Kumpulan Pendidikan YPJ
Berwibawa di dalam pendidikan
Bagi membina masyarakat
Berilmu beriman dan bertaqwa

Kumpulan Pendidikan YPJ
Sediakan peluang berterusan
Bagi menjana keunggulan
Lahirkan insan yang berguna

Cemerlang dan berkualiti
Membangun kemahiran
Berkarya tingkatkan kecekapan
Bagi meraih kejayaan

Pusat pendidikan
Pembangunan bangsa
Akademik cemerlang
Sahsiah terpuji mulia

Kumpulan Pendidikan YPJ
Teras pemantapan budaya ilmu
Mampu mengembangkan kepakaran
Bagi kemakmuran bersama