Hubungi: (07) 241 6161 - eMail kpypj@kpypj.edu.my

Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ)

Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) terhasil dari gabungan tiga buah kolej; Kolej Islam Johor, Institut Teknologi Perindustrian YPJ dan Institut Hospitaliti YPJ pada 16 Julai 2012 dan telah melalui beberapa fasa transfomasi untuk merealisasikan aspirasi serta mandat yang diamanahkan oleh kerajaan Negeri Johor untuk  menjadi salah satu IPT yang ulung di peta akademik selatan tanahair.

Kampus Induk KYPJ di Kota Tinggi, Johor telah dirasmikan pada 18 Oktober 2016. KYPJ menyediakan peluang pendidikan berkualiti di peringkat pra-diploma dan diploma dalam pelbagai bidang bagi melahirkan graduan atau tenaga kerja yang kompeten, berketrampilan serta berakhlak mulia. Sejak 1997, KYPJ berjaya menghasilkan lebih 35,000 orang graduan dalam pelbagai bidang di peringkat sijil dan diploma.

Kolej Yayasan Pelajaran Johor menawarkan program-program akademik dan kemahiran tinggi di peringkat diploma dalam pelbagai bidang. KYPJ juga telah menjalinkan kerjasama dengan UTM dan UITM bagi menawarkan program-program yang berkualiti.

SEKOLAH KEJURUTERAAN DAN SAINS KREATIF
▪ Diploma Pengurusan Teknologi
▪ Diploma Pengurusan Teknologi (Perakaunan)
▪ Diploma Kejuruteraan Elektrik (Elektronik)
▪ Diploma Sains Komputer (Teknologi Maklumat)
▪ Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Rekabentuk)
▪ Diploma Senibina
▪ Diploma Kejuruteraan Elektronik
▪ Diploma Rekabentuk Dalaman

SEKOLAH PENGURUSAN DAN SAINS SOSIAL
▪ Diploma Perakaunan
▪ Diploma Pengajian Perniagaan
▪ Pra Perdagangan
▪ Diploma Perbankan Islam
▪ Diploma Pengurusan Sumber Manusia

SEKOLAH HOSPITALITI DAN PELANCONGAN
▪ Diploma Pengurusan Perhotelan
▪ Diploma Seni Kulinari
▪ Diploma Perkhidmatan Makanan (Makanan Halal)

Kolej Yayasan Pelajaran Johor
KM 16, Jalan Kulai-Kota Tinggi,
81900 Kota Tinggi, Johor.

Tel : 07-8625 625
Faks : 07-8625 630