Hubungi: (07) 241 6161 - eMail kpypj@kpypj.edu.my

KPYPJ Management Services Sdn Bhd

KPYPJ Management Services (KPMS) merupakan sebuah entiti perniagaan di bawah KPYPJ yang berdaya saing dan kukuh bagi menyumbang ke arah pembangunan modal insan negara. KPMS menggunakan aset dan kepakaran dalaman syarikat bagi meneroka dan merebut peluang kerjasama di pasaran luar. Unit-unit bisnes di bawah KPMS terdiri daripada :

  • Bahagian Latihan & Khidmat Runding
    Penyedia Latihan berdaftar dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) bagi perkhidmatan latihan profesional dan separa profesional dalam pelbagai bidang berdasarkan modul-modul latihan bersesuaian dengan keperluan pelanggan dari sektor kerajaan, swasta dan industri.
  • Pusat Kecemerlangan & Pembangunan Insan YPJ
    Pusat latihan ‘outdoor’ di Sekakap, Mersing menyediakan program pembangunan kualiti diri dan organisasi terbuka untuk semua peringkat meliputi staf kerajaan, swasta, NGO, belia dan pelajar. Keunikan elemen semulajadi seperti hutan, laut dan sungai dapat memberikan peserta merasai pengalaman mencabar dan menarik ketika menjalani latihan.
  • Tadika & Taska Hikmah YPJ
    Sebuah institusi pendidikan prasekolah yang berteraskan islamik, dinamik, unggul dan mempunyai kurikulum yang seimbang serta berdaya maju. Tadika Hikmah YPJ menyediakan perkhidmatan pendidikan pra-sekolah, transit, dan penjagaan lebih masa untuk masyarakat setempat. Terdapat 4 cawangan iaitu di Taman Tampoi Utama (Johor Bahru) Bukit Saujana (Johor Bahru), Taman Kota Jaya (Kota Tinggi) dan Parit Bunga (Tangkak).
  • Unit Percetakan
    Menyediakan perkhidmatan rekabentuk grafik serta percetakan offset dan digital untuk pelbagai jenis bahan cetak seperti risalah, brosur, poster, kad nama, resit, invois, buku, majalah dan sebagainya.
  • Homestay
    Menyediakan penginapan yang selesa dan luas di Johor Bahru atas urusan bercuti, konvokesyen, undangan majlis perkahwinan dan ruang majlis. Homestay terletak di Taman Tampoi Utama , Johor Bahru terdiri dari 3 unit homestay banglo 2 tingkat dan 3 Unit Hostel banglo 2 tingkat.

KPYPJ Management & Services
Aras 1, Wisma YPJ Holdings
Jalan Seri Perkasa 1/3
Taman Tampoi Utama
81200 Johor Bahru, Johor
Tel : 07 241 5994
Faks : 07 241 5134