Hubungi: (07) 241 6161 - eMail kpypj@kpypj.edu.my

Utama

Senduk VS Spanar

Pengenalan KPYPJ

Bagi memenuhi hasrat Kerajaan Negeri Johor bagi mewujudkan sebuah institusi yang menyediakan peluang pendidikan kedua kepada lepasan sekolah dan SPM. Pada 3 Mac 1996, sebuah syarikat milik penuh Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) bernama Ilham Ikhlas Sdn. Bhd. ditubuhkan bagi menyediakan program-program akademik dan kemahiran di kolej-kolej yang ditadbir selaras dengan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555). Nama asal Ilham Ikhlas kemudiannya ditukarkan nama kepada Kumpulan Pendidikan YPJ (KPYPJ) pada 1997.

Sejak 1997, KYPJ berjaya menghasilkan lebih 35,000 orang graduan dalam pelbagai bidang di peringkat sijil dan diploma.

KYPJ telah melalui pelbagai fasa transfomasi demi aspirasi menjadi salah satu IPT ke arah Universiti Johor 2020.

KPYPJ tidak pernah ketandusan graduan-graduan cemerlang setiap kali majlis konvokesyennya diadakan. Selain cemerlang dalam bidang akademik, kesemua graduan ini turut cemerlang dalam lapangan kokurikulum.

Kenapa Kami?

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia sekarang menuju ke arah memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu.

Untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, ia perlu berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha ini bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri.

Matlamat Penubuhan

Meningkatkan kuantiti dan kualiti sumber manusia dalam pelbagai sektor pekerjaan dengan menyediakan peluang pendidikan kepada pelajar lepasan sekolah dalam bidang akademik dan kemahiran untuk keperluan negara.

Rakan Kerjasama