Aktiviti Semasa


Kemasukan Ke KKJ

Kerajaan Negeri Johor bersedia untuk mengarusperdanakan bidang kemahiran secara radikal dan strategik. Kolej Kemahiran Johor (KKJ) di bawah KPYPJ menawarkan program-program kemahiran dalam pelbagai bidang seperti automotif, masakan, multimedia, jahitan, elektrik dan sebagainya.

by Admin KPYPJ , 31/12/2017

Majlis Konvokesyen Kali Ke-20 KPYPJ

Buat julung-julung kalinya, Majlis Konvokesyen Kali Ke-20 KPYPJ diadakan di Dewan Besar Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ), Kota Tinggi. Majlis Konvokesyen yang dibahagikan kepada dua sesi itu telah disempurnakan oleh YB Datuk Haji Ayub Bin Rahmat, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor. Seramai 450 graduan telah dikurniakan Diploma dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam pelbagai bidang pada sesi pagi dan 250 graduan pula pada sesi petang.

by Admin KPYPJ , 25/09/2017

Festival Konvokesyen KPYPJ 2017

Bersempena Majlis Konvokesyen KPYPJ 2017 yang akan diadakan di Dewan Besar KYPJ, satu Festival Konvokesyen (FESKO) KPYPJ 2017 akan diadakan pada 22 dan 23 September 2017. Orang ramai dijemput hadir untuk sama-sama meriahkan FESKO KPYPJ 2017.

by Admin KPYPJ , 17/09/2017