Unit Percetakan

PERNYATAAN KORPORAT

Penerbitan dan Percetakan merupakan cabang bisnes yang begitu meluas di pasaran. Bisnes ini sentiasa relevan di pasaran kerana keperluan untuk mencetak dan menerbit sentiasa diperlukan oleh manusia. Sehubungan dengan itu, bisnes ini dianggap mempunyai peluang cerah jika diurus dan ditadbir dengan baik.

Unit Penerbitan dan Percetakan KPYPJ (UPP) merupakan satu cabang bisnes di dalam KPMS. Ketika ini ia diurus di bawah Jabatan Pembangunan Bisnes KPYPJ. Fokus utama penubuhan unit ini ialah untuk melaksanakan kerja-kerja percetakan mengikut keperluan KPYPJ dan kolej-kolej dibawahnya. Fungsi ini telah dilebar luas dengan melaksanakan kerja-kerja percetakan luaran bagi tujuan menjana keuntungan kewangan kepada KPYPJ.

 

VISI

Untuk menjadi sebuah syarikat penerbitan dan percetakan yang cemerlang dan berdaya saing di Negeri Johor.

 

MISI

Menerbitkan dan mencetak produk-produk penerbitan dan percetakan yang berkualiti dan relevan di pasaran melalui penggunaan teknologi, kebijaksanaan pengurusan dan komunikasi efisyen bertujuan untuk menjana keuntungan kewangan kepada syarikat.

 

MATLAMAT

Memberikan perkhidmatan-perkhidmatan berkaitan penerbitan dan percetakan yang berkualiti kepada pelanggan-pelanggan untuk menjana pendapatan.