Program Alumni – Sepetang Bersama CEO KPYPJ

Program ini diadakan di Orchard Golf & Country Resort pada 15 April 2017, 1.30 - 5.30 p.m. Dihadiri oleh lebih kurang 100 jemputan yang terdiri daripada 40 orang Alumni, 16 orang MPP dan 14 orang pelajar yang mengadakan persembahan, 14 AJK Program & 16 orang VIP/VVIP.

Jemputan disambut dengan kompang, seterusnya disajikan dengan persembahan Selamat Datang iaitu Silat & Tarian Zapin  oleh Pelajar-pelajar dari Kelab Kebudayaan KYPJ. Semasa jamuan, jemputan disajikan pula dengan persembahan nyanyian oleh Adik Mohd. Zulhakimi Rosli dari Sekolah Seni Johor Bahru. Di dalam majlis ini telah diadakan pelancaran Tabung Amanah KPYPJ dan pelancaran Buletin HEP Edisi 2017 oleh Ketua Pegawai Eksekutif KPYPJ. Pemilihan Jawatankuasa Alumni KYPJ juga telah dibentuk di kalangan Alumni yang hadir untuk tahun 2017. Dr Mohd Sultan bin Mohd Ali telah membuat ucapan bagi wakil Alumni dalam majlis tersebut. Selepas sesi bergambar dengan Ketua Pegawai Eksekutif KPYPJ di Orchard Golf & Country Resort, Alumni juga telah dibawa ke Kolej untuk aktiviti bebas sambil melihat panorama Kolej dan solat Asar berjemaah di Masjid Al-Abrar sebelum bersurai.