Pusat Kecemerlangan & Pembangunan Insan

PENGENALAN

Dahulunya dikenali sebagai Pusat Membina Semangat yang ditubuhkan pada 1974 oleh Kerajaan Johor yang diilhamkan oleh Menteri Besar Johor pada ketika itu, Allahyarham Tan Sri Hj Othman Saat khusus untuk melatih kakitangan kerajaan sahaja. KPMS menguruskan Pusat Membina Semangat di Sekakap Mersing pada tahun 1998 dan mula megorak selangkah ke hadapan dengan menyediakan program latihan pembangunan kualiti diri dan organisasi terbuka untuk semua peringkat meliputi staf kerajaan, swasta, NGO, belia dan pelajar. Diterajui oleh sekumpulan jurulatih yang berpengalaman luas dalam menyampaikan latihan, PKPIYPJ komited untuk memenuhi kehendak pelanggan dalam meningkatkan sumber modal insan dengan menyediakan latihan yang lebih efektif dalam organisasi.

Semenjak penubuhan kem ini, hampir 90,000 orang telah mendapat manfaat dan kesan impak melalui pelbagai produk latihan yang telah dikendalikan oleh jurulatih. PKPI juga komited untuk memastikan program latihan melalui pembelajaran dari pengalaman, mudah difahami serta menarik dilaksanakan.

 

LOKASI

Terletak 10km ke tenggara bandar pelancongan Mersing. Lokasinya berhampiran muara Sungai Jemaluang dikelilingi hutan menghijau yang kaya dengan flora dan fauna di sebelah barat dan pantai yang putih bersih beserta deretan pulau-pulau yang indah di sebelah timur kem ini.