|
|
Pendidikan
merupakan teras pembangunan negara. Kemajuan negara banyak
bergantung kepada pengusaan ilmu pengetahuan di kalangan
rakyatnya. Dalam konteks ini, kerajaan negeri Johor telah
menubuhkan Yayasan Pelajaran Johor (YPJ), sebuah badan berkanun
melalui Enakmen YPJ No. 8, Tahun 1982. Di antara matlamat
penubuhan YPJ ialah untuk menguruskan biasiswa, dermasiswa dan
pinjaman pelajaran kepada anak negeri Johor.
Di bawah kepimpinan Menteri Besar YAB Dato' Haji Abdul Ghani
Bin Othman, peranan YPJ diperluaskan dengan menyediakan
kemudahan pendidikan tinggi, dimana pada Mac 1996, Ilham Ikhlas
Sdn. Bhd. syarikat milik penuh YPJ telah ditubuhkan. Selaras
dengan peranan dan perkembangan semasa, pada Jun 1997 nama Ilham
Ikhlas telah ditukar kepada Kumpulan Pendidikan YPJ Sdn. Bhd.
Bidang perniagaan utama KPYPJ ialah pendidikan tinggi dengan
menyediakan program akademik dan kemahiran di kolej-kolej yang
ditubuhkan dan di tadbir selaras dengan Akta Institut Pendidikan
Tinggi Swasta 1996 (Akta 555).
|
|
|
|