Maklumat Korporat

VISI

Untuk menjadi sebuah institusi pendidikan tinggi yang cemerlang dalam melahirkan tenaga kerja mahir, berketrampilan dan berdaya saing demi kesejahteraan sejagat.

 

MISI

Membentuk masyarakat profesional dan teknokrat yang kompeten, berketrampilan, berakhlak dan bertanggungjawab melalui kecemerlangan program pendidikan dan pembangunan sumber manusia berterusan dengan pakatan strategik berteraskan pasaran untuk pembangunan ummah.

 

OBJEKTIF

Misi KPYPJ dimanifestasikan melalui objektif KPYPJ iaitu meningkatkan kuantiti dan kualiti sumber manusia dalam pelbagai sektor pekerjaan dengan menyediakan peluang alternatif utama pendidikan kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam bidang akademik dan kemahiran untuk keperluan negara.

Secara spesifik, objektif KPYPJ ialah:

Menyediakan peluang pendidikan berkualiti di peringkat pra-diploma, diploma dan ijazah sarjana muda dalam pelbagai bidang dengan kerjasama universiti-universiti tempatan dan luar negara;

Menjalankan program-program kemahiran dan teknikal di peringkat sijil dan diploma dalam bidang-bidang tertentu yang diperlukan oleh indutri melalui kerjasama dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan pihak-pihak lain;

Mewujudkan kemudahan pembelajaran dan latihan terbaik, berkualiti, berkesan lagi kondusif;

Melahirkan graduan/tenaga kerja yang kompeten, berketrampilan, berakhlak mulia serta bertanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara.

 

MOTTO

"Akademik Cemerlang Sahsiah Terpuji"