Majlis Perasmian Kampus Induk KYPJ

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah melancarkan pembangunan Hab Kemahiran Johor yang turut melibatkan perasmian kampus induk Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) sempena lawatan kerja rasminya ke Negeri Johor pada 18 Oktober 2016. "Perancangan kampus induk Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) untuk mengambil 20,000 pelajar pada masa akan datang, akan menyumbang tenaga kerja untuk negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembangunan Hab Kemahiran Johor. Turut akan diadakan serentak adalah pelancaran projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M). Ketiga-tiga komponen itu merupakan fasa pembangunan Bandar Akademi YPJ secara keseluruhan. Kampus induk KYPJ merupakan komponen pertama yang telah mula beroperasi mulai awal 2016 dan kini menempatkan seramai 2,500 pelajar.