Logo
 


Logo Yayasan Pelajaran Johor

Konsep
Melambangkan Keutuhan. Menunjukan keutuhan ekonomi Negeri Johor
Sumber Kewangan yang kukuh menjadi faktor yang utama bagi organisasi ini untuk menjalankan segala aktiviti-aktiviti.

Huruf 'J'
Awalan perkataan JOHOR. Terdapat 4 rupa bentuk 'J' diserapkan ke dalam rupa bentuk pohon pokok sebagai melambangkan 4 faktor penting yang perlu dimajukan dan dikembangkan :

  Pelajaran
  Kewangan
  Kemasyarakatan
  Keagamaan

Mata Pena
Lambang Pelajaran
Membawa erti bahawa pelajaran menjadi teras utama dalam penubuhan organisasi Yayasan ini.

Warna Merah
Direka dalam bentuk belahan buah sebagai melambangkan gabungan matlamat yang dicapai apabila organisasi ini menjalankan segala aktivitinya dengan sempurna.

Warna Biru
Lambang keharmonian diterapkan bertujuan menunjukkan bahawa segala aktiviti-aktiviti yang dijalankan demi untuk keharmonian selaras dengan matlamat dan cita-cita negara.

Warna Kuning
Warna emas melambangkan keutuhan ekonomi Johor. Sumber kewangan yang kukuh menjadi faktor yang utama bagi organisasi ini untuk menjalankan segala aktiviti-aktiviti.

Buku Terbuka
Lambang Pelajaran.
Membawa Pengertian bahawa organisasi ini lebih menitik beratkan segala hal yang bersangkutan dengan kemajuan dalam bidang pelajaran.

Home - Kembali

 

Copyright © 2008 www.kpypj.edu.my. All Rights Reserved.