Latarbelakang

Kolej Kemahiran dan Teknikal Johor (KKTJ) adalah organisasi di bawah Kumpulan Pendidikan YPJ yang menumpukan usaha melahirkan tenaga mahir dan separa mahir seperti yang diperlukan oleh negeri dan industri setempat. Sejarah KKTJ bermula semenjak pengambilalihan Pusat Latihan Kemahiran Belia oleh KPYPJ pada tahun 1997. Kolej-kolej ini wujud di lima daerah iaitu Muar, Batu Pahat, Kluang, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Kumpulan kolej-kolej KKTJ ini menawarkan 16 kursus kemahiran dan teknikal. Mulai tahun 2015, KKTJ mula mengorak langkah untuk menawarkan program berimpak tinggi di dalam bidang minyak dan gas dan sebagainya.