Latarbelakang

Pada 2006, KP Management Services Sdn. Bhd. (KPMS) telah ditubuhkan dan mempunyai bidang perkhidmatan berikut: Bahagian Latihan & Khidmat Runding (BLKR), Tadika Hikmah (THYPJ), Percetakan & Penerbitan, Pusat Kecemerlangan & Pembangunan Insan (PKPI) dan Kluang Business Centre.

Bahagian Latihan & Khidmat Runding menyediakan pengurusan latihan dan pembangunan sumber manusia yang efisyen dan efektif.

Bahagian Penerbitan dan Percetakan menyediakan servis mencetak produk-produk berasaskan percetakan offset dan digital manakala Pusat Kecemerlangan dan Pembangunan Insan menyediakan pusat latihan outdoor dengan kawasan latihan yang sangat menarik dengan keindahan laut dan persekitaran hutan yang nyaman.

Selain itu, KPMS memasarkan program tadika dan taska. Tadika Hikmah telah beroperasi sejak tahun 1998 lagi dan menyediakan peluang pendidikan awal kanak-kanak yang tersusun dan berkualiti.

Dengan visi dan misi yang ditetapkan KPMS mampu bergerak sebagai sebuah entiti perniagaan yang maju dan berdaya saing.