Lambang Kebesaran

Al-Quran dikenali sebagai satu entiti tersendiri yang merupakan sumber pengetahuan kepada umat manusia. Melalui Al-Quran, setiap muslim dikehendaki mematuhi segala perintah yang terkandung di dalamnya.

Penubuhan KPYPJ untuk mengeluar dan menambah bilangan separa profesional di dalam bidang kemahiran teknologi telah membuka satu segitiga pembelajaran yang baharu di Johor dengan mematuhi dan mengikuti ajaran Al-Quran.

Berdasarkan kepada ajaran Islam yang berpandukan kepada Al-Quran, setiap muslim dikehendaki untuk membuat kerja-kerja yang diredhai Allah. Al-Quran menyebut tentang keperluan untuk mendapatkan pendidikan serta menyebarkan pendidikan kepada setiap muslim. Ia merupakan satu tanggungjawab kepada setiap penganut yang beragama Islam dan merupakan sebahagian dari ibadah.

Al-Quran mengandungi tugas dan kerja kepada setiap muslim iaitu sebagai khalifah untuk memerintah dunia serta menguasai segala ilmu pengetahuan. Setiap muslim perlu mencapai kecemerlangan semasa hidup dan di akhirat. Segala perbuatan manusia adalah dinilai dengan lima hukum asas iaitu wajib, sunat, makruh, harus dan haram.