Logo

Concept:
Melambangkan keutuhan. Menunjukkan keutuhan ekonomi negeri Johor. Sumber kewangan yang kukuh menjadi faktor yang utama bagi organisasi ini untuk menjalankan segala aktiviti.
Letter ‘J’ : Awalan perkataan JOHOR. Terdapat 4 rupa bentuk ‘J’ diserapkan ke dalam rupa bentuk pohon pokok sebagai melambangkan 4 faktor penting yang perlu dimajukan dan dikembangkan iaitu Pelajaran, Kewangan, Kemasyarakatan & Keagamaan.
Mata Pena : Lambang pelajaran yang membawa erti bahawa pelajaran menjadi teras utama dalam penubuhan organisasi Yayasan ini.
RED Color : Direka dalam bentuk belahan buah sebagai melambangkan gabungan matlamat yang dicapai apabila organisasi ini menjalankan segala aktivitinya dengan sempurna.
BLUE Color : Lambang keharmonian diterapkan bertujuan menunjukkan bahawa segala aktiviti yang dijalankan demi untuk keharmonian selaras dengan matlamat dan cita-cita negara.
YELLOW Color : Warna emas melambangkan keutuhan ekonomi Johor. Sumber kewangan yang kukuh menjadi faktor yang utama bagi organisasi ini untuk menjalankan segala aktiviti.
Buku Terbuka : Lambang pelajaran yang membawa pengertian bahawa organisasi ini lebih menitik beratkan segala hal yang bersangkutan dengan kemajuan dalam bidang pelajaran.


