www.kypj.edu.my

facebook twitter feed

Screen

Profile

Direction

Menu Style

Cpanel

Keputusan SPM 2011 SMK Kota Kulai Meriah!

  • PDF

Tahniah kepada semua pelajar SPM 2011 yang telah mendapat keputusan hari ini... Tahun ini, pihak KPYPJ berkesempatan bersama-sama warga SMK Kota Kulai, Johor menyerahkan keputusan SPM 2011 kepada pelajar-pelajar mereka hari ini. Pelajar-pelajar disambut dengan paluan kompang dan diarak ke dewan untuk sesi penyampaian slip kepada pelajar-pelajar cemerlang mereka.

Keputusan SPM 2011 sekolah ini meningkat 10.2% daripada keputusan SPM 2010. Peratusan kelulusan pada tahun ini 95.6% berbanding tahun lepas 85.4%. Sekolah ini berada di kedudukan ke 35 terbaik sekolah-sekolah daerah Kulaijaya. Tahniah diucapkan kepada Pengetua, guru-guru dan seluruh warga SMK Kota Kulai..

Pelbagai reaksi pelajar-pelajar yang menerima keputusan peperiksaan. Apa pun keputusannya sama ada cemerlang atau gagal semuanya mempunyai peluang untuk menyambung pelajaran sama ada di IPTA atau IPTS. Pelajar-pelajar boleh berjumpa kaunselor sekolah untuk mendapatkan nasihat atau berhubung terus dengan pihak kami, Kumpulan Pendidikan YPJ.

You are here: Corporate Keputusan SPM 2011 SMK Kota Kulai Meriah!