Blog

Sambutan Maulidur Rasul THYPJ 1438H

Posted on

Sambutan Maulidur Rasul 1438H peringkat Tadika dan Taska Hikmah YPJ diadakan pada jam 9.00 pagi pada 16 Februari 2017. Guru-guru dan murid-murid berarak di sepanjang jalan persendirian sambil berselawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. Gelagat anak-anak kecil yang seronok berjalan sangat mencuit hati. Semoga anak-anak didik THYPJ menjadi insan berguna kepada agama, bangsa […]

Blog

Majlis Malam Penghargaan Staf KPYPJ 2017

Posted on

Majlis Malam Penghargaan Staf KPYPJ 2017 diadakan di Hotel Selesa, Johor Bahru bermula jam 8.00 malam bertemakan ‘Over The Glam’ pada 19 Januari 2017. Seramai hampir 500 orang staf diraikan pada malam itu dengan jamuan makan, cabutan bertuah dan juga anugerah-anugerah khas. Majlis berakhir sekitar jam 12.00 malam.

Blog

Lawatan Kumpulan Pengurusan Ke Medan, Indonesia

Posted on

Seramai 26 orang staf yang terdiri daripada Kumpulan Pengurusan KPYPJ dan KYPJ telah membuat lawatan ke Medan, Indonesia. Lawatan selama empat hari tiga malam itu bermula pada 16 Disember hingga 19 Disember 2016. Banyak tempat menarik yang telah dilawati seperti Danau Toba, Pulau Samosir, Simarjunjung, Air Terjun Sipiso-piso, Istana Maimon dan Berastagi.

Blog

Hari Terbuka Taska Hikmah YPJ

Posted on

Taska Hikmah YPJ mengadakan Hari Terbuka 2016 pada 4 Disember 2016 yang bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Pelbagai aktiviti sukaneka bersama anak-anak diadakan sepanjang hari bermula jam 9.00 pagi hingga 10.30 pagi. Antara sukaneka yang diadakan adalah Mencari Candies, Gelung Kasih, Belon Permata Hati, Sayang Anakku Sayang dan Bolaku Sayang. Acara disertai oleh […]

Blog

Majlis Perasmian Kampus Induk KYPJ

Posted on

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah melancarkan pembangunan Hab Kemahiran Johor yang turut melibatkan perasmian kampus induk Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) sempena lawatan kerja rasminya ke Negeri Johor pada 18 Oktober 2016. “Perancangan kampus induk Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) untuk mengambil 20,000 pelajar pada masa akan datang, akan menyumbang […]