Koir patriotik
hibur pengunjung pusat membeli-belah
Utusan Malaysia,
Rabu 8 ogos 2007 (m/s 29)
Johor Bahru 7 Ogos - Pelbagai cara dilakukan rakyat Malaysia
untuk meluahkan rasa cinta mereka kepada negara terutama
menjelang sambutan ulangtahun kemerdekaan ke 50 negara, tahun
ini.
Selain
mencipta Jalur Gemilang terbesar, fesyen baru bercirikan Jalur
Gemilang atau menyanyikan lagu-lagu patriotik juga merupakan
salah satu cara menzahirkan semangat cintakan negara.
Inilah yang
dilakukan oleh sekumpulan 31 pelajar Kumpulan Pendidikan Yayasan
Pelajaran Johor (KPYPJ) yang menyanyikan lagu-lagu patriotik
pusat membeli-belah Plaza Angsana, disini hari ini.
Mereka yang berkoir dalam pusat
membeli belah itu telah menyuntik semangat cintakan negara
kepada para pengunjung melalui lagu-lagu patriotik seperti
Tanggal 3, Jalur Gemilang da Keranamu Malaysia.
Persembahan
koir pada waktu makan tengahari itu telah dijayakan oleh pelajar
Institut Hospitaliti YPJ (IHYPJ) dengan diketuai oleh Presiden
Majlis Perwakilan Pelajarnya (MPP), Faizal Toha.
Turut
menjayakan program tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif KPYPJ,
Dr. Saari Md. Nooh serta barisan pengurusan KPYPJ, YPJ dan YPJ
Holdings.
Antara
lokasi pilihan mereka berkoir termasuklah dimedan-medan selera,
ruang santai pengunjung, siar kaki utama dan ruang legar utama
pusat membeli-belah tersebut.
Persembahan
mereka yang lengkap berpakaian chef dengan membawa bendera turut
diiringi basikal-basikal tua yang membawa jalur gemilang untuk
diedarkan kepada orang ramai memang menarik perhatian dan
menghiburkan pengunjung disitu.
Menurut Saari, matlamat utama
program itu bagi menyuntik semangat cintakan negara dikalangan
orang ramai khususnya pengunjung-pengunjung dipusat
membeli-belah.
"Selain itu ia bertujuan mengajak
orang ramai menyertai kemeriahan sambutan bulan kemerdekaan
dengan bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang sama ada dirumah,
pejabat atau kenderaan masing-masing", katanya.
Beliau
memberitahu, program koir bergerak itu juga bertujuan
menampilkan kelainan kepada cara dan gaya sambutan bulan
kemerdekaan oleh pelbagai pihak yang kini sedang rancak berjalan
diseluruh negara.
Bersemangat -
Pelajar Kumpulan Pendidikan YPJ menyanyikan koir dihadapan
pengunjung Plaza Angsana