'Fokus kerja,
elak buang masa'
Setiausaha Kerajaan Negeri mahu pegawai tadbir bersaing sama
sendiri tingkat mutu khidmat organisasi masing-masing
Berita
Harian, Khamis 5 Julai 2007 (m/s B6)
Mersing:
Pegawai Tadbir Negeri Johor diingatkan supaya menghindari diri
daripada membuang masa berhubung perkara remeh temeh dan leka
dengan keselesaan yang sedia ada hingga boleh menjejaskan
kualiti perkhidmatan serta imej diri.
Setiausaha
Kerajaan Negeri Johor, Datuk Abdul Latiff Yusof, berkata pegawai
tadbir di negeri itu perlu fokus kepada usaha membawa perubahan
serta meningkatkan mutu perkhidmatan di jabatan masing-masing.
Katanya,
kerajaan negeri menggalakkan pegawai tadbir negeri supaya
bersaing sama sendiri dalam meberikan perkhidmatan terbaik untuk
rakyat.
"Saya
suka mengingatkan pegawai tadbir yang baru supaya menghindari
diri daripada membuang masa kepada sesuatu yang agak remeh atau
sibuk dengan perkara yang orang lain tidak sibuk kerana masih
banyak tugasan yang jauh lebih penting di hadapan kita", katanya.
Beliau
berkata demikian ketika berucap di Majlis Penutup Kursus
Orientasi Kecemerlangan Kepimpinan Pegawai Tadbir Negeri Johor
yang baru di Pusat Kecemerlangan dan Pembangunan Insan Yayasan
Pelajaran Johor (YPJ) di sini, baru-baru ini.
Seramai
55 pegawai tadbir baru kerajaan Johor terbabit dengan program
intensif selama 18 hari itu bermula 12- 28 jun lalu,
dikendalikan Bahagian Latihan & Khidmat Runding (BLKR) YPJ yang
turut disertai puteri Sultan Johor, Tunku Masera Sultan Iskandar,
hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pendidikan YPJ (KPYPJ),
Dr Sa'ari Md Nooh.
Sepanjang
program itu , pegawai terbabit didedahkan dengan pelbagai
orientasi seperti ekspidisi hutan Taman Negara Endau Rompin,
latihan berkayak, berakit, menembak dan latihan lain yang dapat
mendisplinkan diri.
Abdul Latiff turut mengingatkan kepada pegawai tadbir baru
supaya sentiasa berusaha meningkatkan pengetahuan diri selaras
dengan kehendak semasa sistem pentadbiran kerajaan negeri,
selain menjadikan seorang yang serba boleh.
Katanya, peningkatan pengetahuan perlu
kerana tugas pegawai tadbir negeri tidak statik di satu
organisasi, sebaliknya bakal ditempatkan dipelbagai jabatan.
Sehubungan itu, katanya, orientasi yang
diadakan itu sebahagian usaha perkhidmatan negeri memberi
pendedahan awal kepada pegawai barunya untuk menjadikan mereka
insan serba boleh dan mampu membentuk pasukan kerja yang cekap.
Katanya, pegawai tadbir negeri juga perlu
memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjayakan program rasmi
kerajaan negeri termasuk memastikan kehadiran mereka pada setiap
majlis yang dianjurkan.
Datuk
Abdul Latiff Yusof bergambar bersama 55 peserta kursus &
jurulatih yang terlibat di majlis penutup