Bahagian Latihan & Khidmat Runding

VISI

Menjadi pusat latihan yang unggul serta berdaya saing dalam menjalankan program-program latihan berteraskan pasaran dan diiktiraf.

 

MISI

Sebagai penyedia dan pengendali program-program latihan berteraskan keperluan-keperluan pasaran yang berkualiti dan berkesan dalam melahirkan individu yang berkemahiran, kompeten dan bersahsiah mulia.

 

OBJEKTIF

Dapat memantapkan pengurusan latihan dan pembangunan sumber manusia yang efisyen dan efektif.

Dapat mewujudkan pasukan latihan yang berkualiti dan meningkatkan keupayaan, melaksanakan serta memberikan perkhidmatan latihan yang professional.

Dapat memantap, menambah dan mempelbagaikan modul dan pakej-pakej latihan yang berkualiti, profesional dan berteraskan pasaran.

Dapat memantapkan pengurusan pemasaran program dan pakej latihan yang berdaya saing.

 

MATLAMAT

Memberikan khidmat rundingan, membentuk pasukan latihan yang profesional dan separa profesional, menyediakan tempat latihan dan membina modul-modul latihan selaras dengan keperluan pelanggan.

 

MODUL-MODUL YANG DITAWARKAN

Modul Pengurusan Modul Kemahiran