Majlis Konvokesyen Kali Ke-20 KPYPJ

Majlis Konvokesyen Kali Ke-20 KPYPJ

Buat julung-julung kalinya, Majlis Konvokesyen Kali Ke-20 KPYPJ diadakan di Dewan Besar Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ), Kota Tinggi. Majlis Konvokesyen yang dibahagikan kepada dua sesi itu telah disempurnakan oleh YB Datuk Haji Ayub Bin Rahmat, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor. Seramai 450 graduan telah dikurniakan Diploma dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam pelbagai bidang pada sesi pagi dan 250 graduan pula pada sesi petang.