Summer Camp Super A SPM

Summer Camp Super A SPM

Seramai 200 orang pelajar tingkatan 5 negeri Johor berkumpul dan bermalam di Pusat Kecemerlangan & Pembangunan Insan YPJ, Sekakap Mersing bagi mengikuti program Summer Camp Super A SPM yang dianjurkan bersama Utusan Malaysia. Program 3 hari dua malam yang bermula pada 7 September hingga 9 September 2017 bertujuan untuk memberi motivasi dan tips untuk menjawab soalan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan diadakan pada November 2017. Penceramah untuk program ini adalah Dr. Hj Ismail Md Zain (Motivator & Penasihat Tutor Utusan Malaysia).