KPYPJ

KPYPJ

Kumpulan Pendidikan YPJ (KPYPJ) adalah sebuah anak syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Yayasan Pelajaran Johor. Penubuhannya diilhamkan oleh mantan YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Hj. Abdul Ghani Othman pada Mac 1996. Di bawah KPYPJ terdapat dua entiti iaitu Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) berteraskan akademik dan Kolej Kemahiran Dan Teknikal Johor (KKTJ) yang berfokuskan kepada bidang kemahiran untuk pendidikan tertiari.